Saturday 14 September 2013

Bukti @najibrazak bela ekonomi bumiputera

Terbukti sebagai Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak berusaha dalam membela dan memperkasakan ekonomi bumiputera. Ini sejajar dengan sokongan bumiputra terhadap kerajaan Barisan Nasional khususnya UMNO bagi memberi daya saing dengan kaum bukan bumiputera yang lain.

Agihan ekonomi yang seimbang ini dilihat dapat memupuk dan menyatupadukan pelbagai kaum di Malaysia. Selain itu menamatkan tohmahan dan spekulasi yg tidak bertanggungjawab kononnya  Najib Razak tidak membela dan mengukuhkan ekonomi bumiputera,Syabas PM.

Sumber Keratan berita : facebook

Siasat habis habis..Kaji sedalam dalam

Siasat kaji dan analisa, yang buat statement tu pun elok di siasat sama.

Selamat Menyambut Hari Malaysia






Selamat menyambut Hari Malaysia. 

Friday 13 September 2013

MUKA @NAJIBRAZAK DIPALU DENGAN SELIPAR CAGU !


Hanya kerana tak puashati paip tandas tidak dipasang,pendawaian letrik tidak sempurna  dan tidak menerima sebarang rawatan kesihatan atas sebab kencing manis seorang lelaki  berusia 50an telah diberkas dan didakwa atas perbuatan biadap. Tindak tanduk lelaki ini tidak melambangkan ciri ciri seorang warganegara Malaysia.

Bukan dengan cara itu untuk menangani masalah..dan bukan semua perkara yang Najib kena uruskan sebagai Perdana Menteri. Pendapat penulis malang  nasib Najib Razak bila lahir sifat dan perangai warganegara Malaysia seperti ini  di zaman pemerintahannya.

Ini  satu ikhtibar dan teladan kepada kita semua.. Bukan semua masalah yang terangkum dalam Malaysia ini salah UMNO, salah BN atau salah Najib sendiri sebagai Perdana Menteri..

Tetapi salah kita..bila kita gagal untuk menyelesaikan masalah sendiri dan akhirnya menuding jari kearah orang lain.

JAGA JAGA DENGAN DOKTRIN LICIK PARTI PEMBANGKANG


TREND 'AMARAN' TELAH BERAKHIR...TINDAKAN PENGUATKUASAAN WAJIB BERTERUSAN @ZAHID_HAMIDI

Tindakan tegas kerajaan dalam menangai isu gangsterism dan kongsi gelap adalah langkah yang perlu dalam menjamin keselamatan dan keamanan rakyat Malaysia. Penguatkuasaan ini perlu dilakukan secara berterusan bagi menjamin sifar jenayah Malaysia.

Selain itu pihak kerajaan juga perlu dan wajib  bertegas dengan mengambil tindakan KERAS keatas mana mana individu yang terlibat dengan mana mana badan agensi kerajaan yang menjadi dalang atau berniat jahat bekerjasama dengan agenda parti pembangkang dalam menghuru harakan negara.

Bukan lagi masanya untuk memberi label AMARAN atau peringatan.. Tindakan penguatkuasaan sewajibnya di ambil dalam menegakkan kebenaran.




KESAN POLITIK PEMBANGKANG TERHADAP MAHASISWA MALAYSIA



Aku setuju dengan apa yang pernah diperkatakan oleh Tun Mahathir dulu.. Pelajar IPTA dan IPTS sepatutnya fokus dan mengutamakan pengajian daripada melibatkan diri dan bergelumang dalam politik ekstream.

Sungguhpun begitu keadaan semakin tidak terkawal apabila politik ekstream pakatan rakyat telah berjaya mempengaruhi pelajar pelajar tempatan sehingga mereka dijadikan kambing hitam untuk kepentingan individu dan parti politik mereka.

Hasil daripada hasutan pakatan rakyat lahirlah hero hero muda yang tercicir dalam pengajian mereka seperti wajah wajah dibawah.






Kesan daripada kelakuan yg merugikan ini telah menyebabkan 7 universiti tempatan Malaysia mengalami kemerosotan, merudum dari segi imej dan prestasi universiti dalam senarai Universiti seluruh dunia.

Sungguhpun begitu masih sempat dan pantas segelintir pemimpin pembangkang menuding jari ke arah Najib Razak  kononnya ini semua kesilapan dan kekhilafan Perdana Menteri.

TAK MASUK AKAL

Thursday 12 September 2013

PENJENAYAH KONGSI GELAP MATI DITEMBAK PDRM



Akhirnya mati ditembak.Syabas PDRM teruskan usaha memburu penjenayah negara .

BERITA SELANJUTNYA SILA LIHAT DISINI

Forum #minyak20sen #forum20sen


Forum #minyak20sen & #forum20sen Rafizi & Lokman Adam fasal isu kenaikan minyak sebanyak 20 sen seliter diadakan di Auditorium MPAJ semalam seolah2 dibuat secara tertutup dan dipenuhi dengan penyokong Pakatan Rakyat.

Kehadiran pemuda Ampang dan penyokong Barisan Nasional boleh dibilang dengan jari.Adakah forum ini tidak diwar warkan atau sememangnya semangat juang penyokong BN masih lemah setelah gagal di Selangor.Selain menyaksikan Penghulu Unit Pidato Malaysia tidak hadir pada forum berkenaan.



Sedikit teguran untuk panglima dan pemuda BN pohon lain  kali kalau ada forum sebegini berilah sokongan . Turun ramai ramai untuk berikan sokongan.



Penulis tetap mengucapkan syabas kepada saudara Zaidel Baharudin wakil kepada saudara Lokman Adam yang tidak hadir  kerana berjaya memberi penerangan dan menjelaskan sekali gus merasionalkan kenaikan minyak dalam debat tersebut.Semoga ini memberikan satu milage kepada saudara dalam pemilihan Exco Pemuda Umno nanti.

P/S Lain kali hati hati dengan taktik kotor dan kurang bersih permainan politik Rafizi Ramli.



Dap dan kalimah ALLAH


Kegagalan DAP dalam mengambil tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia tidak bernoktah di PRU13. Sebaliknya DAP telah mengatur strategi bijak tanpa disedari dalam melemahkan kuasa mutlak orang orang melayu, antaranya memisahkan sokongan melayu kepada beberapa kumpulan ..samaada badan ngo mahupun parti politik .

Kini rancangan licik DAP telah fokus kepada penggunaan kalimah ALLAH oleh kelompok dan puak gereja di Malaysia. Selain daripada cuba mengelirukan umat Islam Malaysia secara otomatis akan melemahkan kekuatan dan ukhwah umat Islam melayu Malaysia.

Keputusan rayuan penggunaan kalimah Allah seperti yang telah dibicarakan oleh mahkamah 2 hari sudah telah ditunda ke bulan depan.

Oleh itu wajar bagi umat Islam..tak kira apa fahaman parti politik dan badan badan NGO..wajib bagi kita pertahankan kalimah ini.


Wednesday 11 September 2013

RTM PERLU LEBIH BERHATI HATI


RTM perlu berhati hati dalam apa jua bentuk penyiaran yang dilakukan. Sedikit kesilapan terlepas pandang akan menyebabkan kemusnahan imej pasukan keselamatan negara dan kerajaan pemerintah.



Diharapkan perkara sebegitu tidak berlaku lagi dan sebarang niat jahat atau sabotaj hendaklah disiasat dan membuat permohonan maaf kepada PDRM atas kesilapan yang berlaku.

POLIS RAJA DI MALAYSIA

Tuesday 10 September 2013

Fakta mengenai pengundi cina dan melayu



Tahukah anda pada PRU10 1999 kerajaan BN mengekalkan kuasa pemerintahan atas sokongan dan dorongan majoriti pengundi cina.

Anda juga tahu kerajaan BN terus mengekalkan kuasa pada PRU13 2013 atas sokongan majoriti pengundi melayu.

Senario politik sentiasa berubah ubah.. Tanpa anda sedari pengundi cina dan pengundi melayu sebenarnya telah dipermainkan oleh seorang pemimpin yang dahagakan tampuk kekuasaan pemerintahan Malaysia.



Sila renung dan fikirkan.